Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd.

 +603 8893 5779

Lesen Kementerian Kewangan
357-021 79706
 

 PAKEJ PELANCONGAN

Pilih Destinasi
Pilih Tema Pakej
 
 
 
12H10M KEMEGAHAN EROPAH 6 NEGARA
MANCHESTER – LIVERPOOL – LONDON – PARIS – BRUSSELS – AMSTERDAM – FRANKFURT – ZURICH
 

HARI 01 KUALA LUMPUR – MUSCAT (MM)
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Manchester transit melalui Muscat. Makan malam di restoran. Daftar masuk hotel dan bermalam

HARI 02 MANCHESTER – LIVERPOOL (SP, MM)
Sarapan di hotel Lawatan ke bandar Manchester bergambar di Town Hall, John Ryland Library, Ordsall Hall, Wimslow Road dan Old Trafford (tidak termasuk tiket). Berangkat ke Liverpool dan bergambar di Titanic Memorial, Albert Dock, The Beatles Story (tidak termasuk caj kemasukan), Ladang Strawberi dan makan malam di Penny Lane Fish and Chips. Daftar masuk hotel dan bermalam.

HARI 03 LIVERPOOL – LONDON (SP, MM)
Sarapan pagi di hotel. Daftar keluar dan terus ke Bicester Village untuk membeli belah. Makan malam di restoran. Daftar masuk hotel dan bermalam

HARI 04 LONDON (SP, MM)
Sarapan pagi di hotel. Lawatan sekitar Kota London – melawat Westminster Abbey, Big Ben, Tower Bridge, House of Parliament, Buckingham Palace, City Hall, Trafalgar Square, Downing Street dan Central Mosque. Terus ke Oxford Street untuk membeli-belah Lewat petang, kembali ke hotel dengan makan malam di restoran tempatan. Bermalam di hotel.

HARI 05 LONDON – DOVER – CALAIS – PARIS (SP, MM)
Sarapan pagi di hotel. Daftar keluar dan pergi ke Dover dan menaiki feri P&O ke Calais. Tiba di Calais, menuju ke Paris. Makan malam di restoran. Daftar masuk hotel dan bermalam

HARI 06 PARIS (SP, MM)
Sarapan pagi di hotel. Lawatan ke Kota Paris – melawat Place de la Concorde, Champs- Élysées, Notre-Dame Cathedral, Arc Du Triomphe, Louvre Museum (tidak termasuk tiket). Membeli-belah di Galeries Lafayette. Makan malam di restoran. Bermalam di hotel.

HARI 07 PARIS – BRUSSELS – AMSTERDAM (SP, MM)
Sarapan pagi di hotel. Menuju ke Brussels dan melawat Atomium, Grand Place dan Manneken Pis. Terus ke Amsterdam. Makan malam di restoran tempatan. Daftar masuk ke hotel dan bermalam.

HARI 08 AMSTERDAM (SP, MM)
Sarapan pagi di hotel. Lawatan ke Zaanse Schans, Dam Square dan Canal Cruise ride. Membeli-belah di Kalverstraat Makan malam di restoran. Bermalam.

HARI 09 AMSTERDAM – COLOGNE – FRANKFURT (SP,MM)
Sarapan pagi di hotel. Daftar keluar dan bertolak ke Frankfrut melalui Cologne. Aktiviti bebas di Cologne selepas itu bertolak ke Frankfrut. Makan malam di restoran. Daftar masuk hotel dan bermalam.

HARI 10 FRANKFRUT – RHINE FALLS – ZURICH (SP,MM)
Sarapan di hotel Bertolak ke Zurich dalam perjalanan berhenti untuk mengambil gambar di The Majestic Rhine Falls. Makan malam di restoren tempatan. Daftar masuk di hotel dan bermalam.

HARI 11 ZURICH – MT.TITLIS – LUCERNE – ZURICH – MUSCAT (SP)
Sarapan di hotel. Lawatan ke Mt. Titlis. Menuju ke Lucerne dan bergambar di Chapel Bridge. Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Muscat.

HARI 12 MUSCAT – KUALA LUMPUR
Menaiki pesawat ke Kuala Lumpur. Tiba di Kuala Lumpur.

Standard

Tarikh Berlepas:
 01-Okt  

OMAN AIR
Dewasa
Berdua
RM 9379
Dewasa
Seorang
RM 10979
Child
Berdua
RM 9379
Child
Tanpa Katil
RM 8979
Child
Perlu Katil
RM 9379
Maklumat Penerbangan:
FLIGHT NO DESTINATION TIMING
WY 822 KUALA LUMPUR – MUSCAT 0930-1215  
WY 105 MUSCAT – LONDON  1410-1905
WY 154  ZURICH – MUSCAT 2155-0620
WY 823  MUSCAT – KUALA LUMPUR 0905-2010  

 

 ** Flight & timing is subject to change

** Surcharge RM150 on 01 Oct

 

Maklumat Penginapan:
HOTEL NAME
Manchester: The Victoria Hotel Oldham Manchester or similar
Liverpool : Days Inn Liverpool City Centre or similar
London : St Giles Feltham or similar
Paris : Ibis Styles Roissy or similar
Rotterdam: Best Western Plus Rotterdam or similar
Frankfurt : Holiday Inn Express Frankfurt Airport or similar
Zurich : Holiday Idea or similar

Tarikh Sah: Dari 16-04-2019 Sehingga 01-10-2019
  •  NOTA PENTING

    • Sila ambil perhatian bahawa semua harga yang diterbitkan pada masa tempahan adalah berdasarkan pada kadar pertukaran semasa Ringgit Malaysia (MYR) dengan Dolar Amerika Syarikat (USD), Euro, Franc Swiss (CHF), dan Dolar Australia (AUD). Disebabkan ketidaktentuan nilai tukar MYR terhadap mata wang yang disebutkan di atas, harga pakej akan tertakluk kepada pembayaran penuh, 45 hari sebelum berlepas. Cross Border akan memastikan semua Ahli Kembara dimaklumkan sekiranya berlaku sebarang perubahan.

    • Kami berhak untuk mengubah urutan atau perubahan, meminda atau mengubah jadual perjalanan jika perlu, dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.
    • Semua penerbangan dan hotel adalah sementara dan tertakluk kepada sebarang perubahan sehingga pengesahan akhir
    • Sila rujuk pada pihak kami sebelum membuat pembelian tiket penerbangan domestik
    • Pasport mestilah sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kembali
    • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan seterika
    • Tidak semua hotel mempunyai bilik bertiga. Oleh itu, katil tambahan (rollaway bed) akan disediakan hanya pada bilik yang bersesuaian
    • Adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli pelancongan untuk memastikan bahawa nama mereka dibersihkan dari senarai hitam oleh mana-mana badan kawal selia di Malaysia atau destinasi yang boleh melarang perjalanan atau kedatangan ke luar negara
    • Cross Border Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana ahli kumpulan yang ditolak perjalanan oleh Imigresen Malaysia. Tambang lawatan tidak akan dibayar balik.
    • Semua makanan yang disebut dalam program kami sesuai untuk pasaran Muslim, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya akan diihidangkan berdasarkan menu standard bufet oleh hotel.
    • Sila rujuk Terma & Syarat Cross Border Travel & Tours Sdn Bhd.

  •  DEPOSIT & PEMBAYARAN PAKEJ

    1. Deposit RM2500 bagi setiap orang diperlukan dalam masa 5 hari selepas tempahan disahkan
    2. Pembayaran penuh mesti dibuat dalam masa 45 hari sebelum berlepas
    3. Jika bayaran penuh tidak diterima dalam tempoh 45 hari yang ditetapkan sebelum berlepas, Cross Border Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk membatalkan deposit dan tempahan.
    4.  

      Harga Pakej

      Jumlah Deposit

      Tarikh Akhir yang Perlu dibayar

      Tarikh Akhir Bayaran Penuh

      Nilai Bayaran Balik

      Caj Pentadbiran

      Bawah RM1999

      RM 300

      5 hari selepas tempahan disahkan

      45 hari sebelum berlepas

      RM 150

      RM 150

      RM 2000 – RM 3999

      RM 500

      RM 250

      RM 250

      RM 4000 – RM 5999

      RM 800

      RM 500

      RM 300

      RM 6000 – RM 7999

      RM 1500

      RM 1100

      RM 400

      RM 8000 & Ke Atas

      RM 2500

      RM 2000

      RM 500

  •  PEMBATALAN

    1. Pembatalan tempahan oleh ahli kumpulan hendaklah dibuat secara bertulis atau e-mel bagi mengelakkan sebarang kesilapan komunikasi dan salah faham.
    2. Sekiranya pembatalan dibuat 50 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, deposit akan dikembalikan selepas ditolak caj pentadbiran yang ditetapkan. (Sila rujuk kepada Cross Border Travel & Tours Sdn Bhd terma & syarat)
    3.  

      Caj Pembatalan / Bayaran

      Tempoh

      Tempoh

      Tempoh

      50 hari atau lebih sebelum berlepas

      Pembayaran balik deposit

      Rujuk Nilai Bayaran Balik selepas ditolak caj pentadbiran

      35 – 49 hari sebelum berlepas

      Pembatalan deposit

       

      26 – 34 hari sebelum berlepas

      50% daripada tambang pelancongan

       

      20 – 25 hari sebelum berlepas

      75% daripada tambang pelancongan

       

      Bawah 20 hari sebelum berlepas

      100% daripada tambang pelancongan

       

 Telah dikemaskini pada 16-04-2019

PAKEJ TERMASUK

  Makanan (BOARD SEPARUH)
 Tiket penerbangan termasuk cukai dengan Oman Air
 10 malam hotel penginapan termasuk sarapan pagi
 Makan malam
 Bayaran masuk: Canal cruise Amsterdam & Mt. Titlis
 P&O Feri dari Dover ke Calais
 Tempat lawatan seperti yang dinyatakan dalam program
 Tips untuk pemandu dan pemandu pelancong
 Wakil dari Cross Border Travel & Tours Sdn Bhd jika kumpulan lebih dari 15 orang
 Pemandu Pelancong berbahasa Inggeris untuk lawatan

PAKEJ TIDAK TERMASUK

 Khidmat porter
 Makan Tengahari
 Perbelanjaan peribadi
 Insuran Perjalanan - RM 122.24 bagi setiap orang
 Surcaj waktu kemuncak/musim perayaan
 Sebarang makanan tambahan & minuman yang tidak dinyatakan di dalam program
 Lain-lain bayaran masuk yang tidak dinyatakan dalam program
 Kos lebihan bagasi
 Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan dalam aturcara

 

Agensi pengembaraan dan pelancongan yang Unggul !

Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd. ialah sebuah agen penempahan tiket penerbangan, agensi pelancongan dan pengembaraan di dalam dan luar Negara. Kami juga menguruskan pakej-pakej pelancongan dalam dan luar Negara, penempahan bilik penginapan di Hotel, sewaan bas pelancong, kereta sewa dan sebagainya. Kami juga menguruskan lawatan teknikal dari agensi agensi kerajaan dan swasta. Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan perkhidmatan agensi pengembaraan dan pelancongan yang komprehensif pada harga yang kompetitif.

 

12H10M KEMEGAHAN EROPAH 6 NEGARA

12H10M KEMEGAHAN EROPAH 6 NEGARA

Emel pakej ini..
×

DAFTARLAH HARI INI..

Untuk menerima promosi hebat dan tips untuk Percutian riang anda yang seterusnya!
×