Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd.

 +603 8893 5779

Lesen Kementerian Kewangan
357-021 79706
 

 PAKEJ PELANCONGAN

Pilih Destinasi
Pilih Tema Pakej
 
 
 
9H6M ROMANTIS ITALI
ROME – PISA – FLORENCE – VENICE – VERONA – MILAN – FIDENZA – MILAN
 

HARI 01 KUALA LUMPUR
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

HARI 02 KUALA LUMPUR – DUBAI – ROME (MM)
Penerbangan terus ke Rome melalui Dubai.Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Rome dan terus ke Panoramic City Tour of Rome dimana kita akan melawat Colosseum yang asalnya dikenali sebagai Amphitheatre Flavian, di mana gladiators berjuang untuk hiburan awam. Kemudian kita akan melawat kecantikan Trevi Fountain sebelum melawati Spanish Steps. Acara bebas untuk membeli-belah melalui Condotti, salah satu kemegahan Pusat membeli belah barangan berjenama di Rome Makan malam di restoran. Daftar masuk hotel dan bermalam.

HARI 03 ROME – PISA – FLORENCE (SP/MM)
Sarapan pagi di hotel Berangkat ke PISA dan melawat ke Menara Condong Pisa yang terkemuka. Teruskan perjalanan ke Florence. Membeli-belah di Pierotucci Leather Factory. Makan malam di restoran. Daftar masuk hotel dan bermalam

HARI 04 FLORENCE – VENICE (SP/MM)
Sarapan pagi di hotel, Panoramic City Tour of Florence. Melawat ke Santa Maria del Fiore Cathedral, Piazza del Duomo dan sekitarnya. Lawatan diteruskan dengan berjalan melalui Piazza Signoria dan Palazzo Vecchio. Lawatan berakhir di Straw Market. Menuju ke Venice. Makan malam di restoran. Daftar masuk hotel dan bermalam.

HARI 05 VENICE (SP/MM)
Sarapan pagi di hotel. Lawatan bermula dengan menaiki bot di Tranchetto jetty dan menuju ke St Mark’s Square. Walking Tour sekitar Venice Island (2jam). Melalui Piazza San Marco, Basilica of San Marco dan Palazzo Ducale. Akhir sekali melawat Rialto Bridge. Aktiviti bebas untuk menerokai keindahan tempat romantik di Venice. Pada pukul 1700, bergerak semula ke tanah besar dengan menaiki feri. Makan malam di restoran. Bermalam di hotel

HARI 06 VENICE – VERONA – MILAN (SP/MM)
Sarapan pagi di hotel. Menuju ke Milan melalui Verona dan singgah di Shakespeare's Verona dimana kita dapat berpeluang melihat Juliet's balcony dan the Roman Arena. Tiba di Milan, makan malam di restoran. Daftar masuk hotel dan bermalam.

HARI 07 MILAN – FIDENZA – MILAN (SP/MM)
Sarapan pagi di hotel. Aktiviti bebas membeli belah di Fidenza Outlet Village. Kembali ke Milan. Lawatan sekitar bandar Milan melawat Castello Sforzesco, Piazza del Duomo, berjalan dari Galleria Vittoria Emanuele ke Piazza della Scala. Makan malam di restoran dan bermalam di hotel.

HARI 08 MILAN – DUBAI – KUALA LUMPUR (SP)
Sarapan pagi di hotel. Daftar keluar dan aktiviti bebas sementara menunggu waktu berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Milan untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur melalui Dubai.

HARI 09 KUALA LUMPUR
Tiba di Kuala Lumpur.

LAWATAN TAMBAHAN

Gondola Ride (30-45 minit)   @ EUR 150 per Gondola / EUR 6 seorang

Standard

Tarikh Berlepas:
 12-Dis  

EMIRATES AIRLINES
Dewasa
Berdua
RM 7379
Dewasa
Seorang
RM 8179
Child
Berdua
RM 7379
Child
Tanpa Katil
RM 6279
Child
Perlu Katil
RM 6879
Maklumat Penerbangan:
FLIGHT DESTINATION TIMING
EK 343  KUALA LUMPUR - DUBAI 0210-0455
EK 97 DUBAI - ROME 0910-1325
EK 92 MILAN-DUBAI 2120-0635
EK 342  DUBAI - KUALA LUMPUR 1035-2150

 

  **flight & timing is subject to change

Maklumat Penginapan:
HOTEL NAME
Rome : Euro Hotel or similar
Florence : Demidoff Hotel or similar
Venice : Villa Giulietta Hotel or similar
Milan : Studio Hotel or similar

 


Tarikh Sah: Dari 17-04-2019 Sehingga 12-12-2019
  •  NOTA PENTING

    • Sila ambil perhatian bahawa semua harga yang diterbitkan pada masa tempahan adalah berdasarkan pada kadar pertukaran semasa Ringgit Malaysia (MYR) dengan Dolar Amerika Syarikat (USD), Euro, Franc Swiss (CHF), dan Dolar Australia (AUD). Disebabkan ketidaktentuan nilai tukar MYR terhadap mata wang yang disebutkan di atas, harga pakej akan tertakluk kepada pembayaran penuh, 45 hari sebelum berlepas. Cross Border akan memastikan semua Ahli Kembara dimaklumkan sekiranya berlaku sebarang perubahan.

    • Kami berhak untuk mengubah urutan atau perubahan, meminda atau mengubah jadual perjalanan jika perlu, dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.
    • Semua penerbangan dan hotel adalah sementara dan tertakluk kepada sebarang perubahan sehingga pengesahan akhir
    • Sila rujuk pada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket penerbangan domestik
    • Pasport mestilah sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kembali
    • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan seterika
    • Tidak semua hotel mempunyai bilik bertiga. Oleh itu, katil tambahan (rollaway bed) akan disediakan hanya pada bilik yang bersesuaian
    • Adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli pelancongan untuk memastikan bahawa nama mereka dibersihkan dari senarai hitam oleh mana-mana badan kawal selia di Malaysia atau destinasi yang boleh melarang perjalanan atau kedatangan ke luar negara
    • Cross Border Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana ahli kumpulan yang ditolak perjalanan oleh Imigresen Malaysia. Tambang lawatan tidak akan dibayar balik.
    • Semua makanan yang disebut dalam program kami sesuai untuk pasaran Muslim, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya akan diihidangkan berdasarkan menu standard bufet oleh hotel.
    • Sila rujuk Terma & Syarat Cross Border Travel & Tours Sdn Bhd.

  •  DEPOSIT & PEMBAYARAN PAKEJ

    1. Deposit RM1000 bagi setiap orang diperlukan dalam masa 5 hari selepas tempahan disahkan
    2. Pembayaran penuh mesti dibuat dalam masa 45 hari sebelum berlepas
    3. Jika bayaran penuh tidak diterima dalam tempoh 45 hari yang ditetapkan sebelum berlepas, Cross Border Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk membatalkan deposit dan tempahan.
    4. Harga Pakej

      Jumlah Deposit

      Tarikh Akhir yang Perlu dibayar

      Tarikh Akhir Bayaran Penuh

      Nilai Bayaran Balik

      Caj Pentadbiran

      Bawah RM1999

      RM 300

      5 hari selepas tempahan disahkan

      45 hari sebelum berlepas

      RM 150

      RM 150

      RM 2000 – RM 3999

      RM 500

      RM 250

      RM 250

      RM 4000 – RM 5999

      RM 800

      RM 500

      RM 300

      RM 6000 – RM 7999

      RM 1500

      RM 1100

      RM 400

      RM 8000 & Ke Atas

      RM 2500

      RM 2000

      RM 500

  •  PEMBATALAN

    1. Pembatalan tempahan oleh ahli kumpulan hendaklah dibuat secara bertulis atau e-mel bagi mengelakkan sebarang kesilapan komunikasi dan salah faham.
    2. Sekiranya pembatalan dibuat 50 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, deposit akan dikembalikan selepas ditolak caj pentadbiran yang ditetapkan. (Sila rujuk kepada Cross Border Travel & Tours Sdn Bhd terma & syarat)
    3. Caj Pembatalan / Bayaran

      Tempoh

      Tempoh

      Tempoh

      50 hari atau lebih sebelum berlepas

      Pembayaran balik deposit

      Rujuk Nilai Bayaran Balik selepas ditolak caj pentadbiran

      35 – 49 hari sebelum berlepas

      Pembatalan deposit

       

      26 – 34 hari sebelum berlepas

      50% daripada tambang pelancongan

       

      20 – 25 hari sebelum berlepas

      75% daripada tambang pelancongan

       

      Bawah 20 hari sebelum berlepas

      100% daripada tambang pelancongan

       

 Telah dikemaskini pada 17-04-2019

PAKEJ TERMASUK

  Makanan (BOARD SEPARUH)
 Tiket & cukai penerbangan oleh Emirates Airlines
 6 malam hotel penginapan hotel yang terpilih
 Makan malam seperti di aturcara
 Pergi dan balik teksi air di Pulau Venice
 Lawatan dan pintu masuk seperti dalam aturcara
 Tip
 Wakil dari Cross Border Travel & Tours Sdn Bhd jika kumpulan lebih dari 15 orang
 Pemandu pelancong berbahasa Inggeris untuk lawatan

PAKEJ TIDAK TERMASUK

 Khidmat porter
 Makan Tengahari
 Perbelanjaan peribadi
 Insuran Perjalanan - RM 84.06 bagi setiap orang
 Surcaj waktu kemuncak/musim perayaan
 Sebarang makanan tambahan & minuman yang tidak dinyatakan di dalam program
 Lain-lain bayaran masuk yang tidak dinyatakan dalam program
 Kos lebihan bagasi
 Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan dalam aturcara

 

Agensi pengembaraan dan pelancongan yang Unggul !

Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd. ialah sebuah agen penempahan tiket penerbangan, agensi pelancongan dan pengembaraan di dalam dan luar Negara. Kami juga menguruskan pakej-pakej pelancongan dalam dan luar Negara, penempahan bilik penginapan di Hotel, sewaan bas pelancong, kereta sewa dan sebagainya. Kami juga menguruskan lawatan teknikal dari agensi agensi kerajaan dan swasta. Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan perkhidmatan agensi pengembaraan dan pelancongan yang komprehensif pada harga yang kompetitif.

 

9H6M ROMANTIS ITALI

9H6M ROMANTIS ITALI

Emel pakej ini..
×

DAFTARLAH HARI INI..

Untuk menerima promosi hebat dan tips untuk Percutian riang anda yang seterusnya!
×