Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd.

 +603 8893 5779

Lesen Kementerian Kewangan
357-021 79706
 

 PAKEJ PELANCONGAN

Pilih Destinasi
Pilih Tema Pakej
 
 
 
9H7M TURKI YANG MEMUKAU
ISTANBUL – CANAKKALE – IZMIR – KUSADASI – PAMUKKALE – KONYA – CAPPADOCIA – ANKARA – IZMIT
 

Hari 01 KUALA LUMPUR – DUBAI – ISTANBUL (MM)
Menaiki pesawat ke Turki melalui Dubai. Tiba di lapangan terbang Istanbul, bertemu dengan wakil tempatan dan terus ke hotel. Makan malam. Daftar masuk hotel dan bermalam.

Hari 02 ISTANBUL – CANAKKALE – IZMIR (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Menuju ke Canakkale dan melawat Troy – patung Kuda. Makan tengahari di restoran. Teruskan perjalanan ke Izmir dan singgah di Olive Oil Showroom. Daftar masuk hotel. Makan malam dan bermalam.

Hari 03 IZMIR – KUSADASI – PAMUKKALE (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Menuju ke Kusadasi dan singgah di Leather Factory Showroom. Melawat ke Ephesus Ancient CityMakan tengahari di restoran. Menuju ke Pamukkale, terus melawat Ancient City of Hierapolis. Daftar masuk hotel.makan malam di restoran dan bermalam.

Hari 04 PAMUKKALE – KONYA – CAPPADOCIA (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Berangkat ke Konya dan makan tengahari di restoran. Konya merupakan pusat pemerintahan Empayar Seljuk atau dikenali kota Melvana. Melawat ke Mevlana Museum. Teruskan perjalanan ke Capadocia. Daftar masuk hotel. Makan malam dan bermalam.

Hari 05 CAPPADOCIA (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Lawatan sekitar bandar Capadocia termasuk Underground City, bergambar di Valley of the Birds, Uchisar Castle, Pasabag Valley and Pigeons Valley. Makan tengahari di restoran. Melawat ke kilang seramik, batu permata dan karpet. Makan malam dan bermalam.

Hari 06 CAPPADOCIA – ANKARA – IZMIT (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Menuju ke Ankara, ibu negara Turkey dan melawat ke Ataturk Mausoleum – tempat dimana kawasan istirehat Mustafa Kemal Ataturk – Bapa permodenan Turki. Makan tengahari di restoran dan menuju ke Izmit. Daftar masuk hotel. Makan malam dan bermalam.

Hari 07 IZMIT – ISTANBUL (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Berangkat ke Istanbul. Makan tengahari di restoran. Tiba di Istanbul, lawatan ke Hagia Sophia, Topkapi Palace & Blue Mosque. Membeli belah di Grand Bazaar. Makan malam di restoran. Daftar masuk hotel dan bermalam.

Hari 08 ISTANBUL – DUBAI (SP/MT)
Sarapan pagi di hotel. Melayari kapal layar Bosphorus Cruise, melawat Ayub Al Ansari Mosque dan membeli belah di Spice Market. Makan tengahari di restoran. Menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Dubai.

Hari 09 DUBAI – KUALA LUMPUR
Menaiki pesawat ke Kuala Lumpur. Tiba di Kuala Lumpur.

LAWATAN TAMBAHAN

  1. Hot Air Balloon – USD 230 seorang

 

Belon udara panas adalah cara terbaik untuk meneroka Cappadocia. Anda akan berlepas sebelum matahari terbit dan akan terpukau dengan keindahan landskap yang menakjubkan di bawah anda.  Anda akan terbang melalui pembentukan batu ‘fairy chimneys’, lembah yang penuh dengan ‘pigeon house’, kebun dan ladang anggur.  Rasai keindahan Cappadocia yang tidak akan anda lupakan.

Standard

Tarikh Berlepas:
 02-Dis    03-Dis    05-Dis    11-Dis  

EMIRATES AIRLINES
Dewasa
Berdua
RM 4679
Dewasa
Seorang
RM 5479
Child
Berdua
RM 4679
Child
Tanpa Katil
RM 4279
Child
Perlu Katil
RM 4479
Maklumat Penerbangan:
FLIGHT NO DESTINATION TIMING
EK 345 KUALA LUMPUR – DUBAI 1015 - 1320
EK 121 DUBAI – ISTANBUL 1420 - 1830   
EK 122  ISTANBUL – DUBAI 2005 - 0120  
EK 346 DUBAI - KUALA LUMPUR 0330 – 1435   

**flight & timing is subject to change

Maklumat Penginapan:
HOTEL NAME 
Canakkale – Tusan / Similar
Kusadasi – Grand Sahins / Similar
Pamukkale – Ninova Thermal / Similar
Capadocia – Suhan Hotel / Similar
Izmit – Ramada Plaza Hotel / Similar
Istanbul – Ramada Alibekoy / Similar

Tarikh Sah: Dari 15-04-2019 Sehingga 11-12-2019
  •  NOTA PENTING

    • Harga yang dinyatakan adalah tertakluk kepada perubahan turun naik mata wang, surcaj bahan api dan kenaikan cukai lapangan terbang
    • Kami berhak untuk mengubah turutan atau menukar, meminda atau mengubah jadual perjalanan jika perlu, dengan atau tanpa notis terlebih dahulu
    • Semua penerbangan dan hotel adalah sementara dan tertakluk kepada sebarang perubahan sehingga pengesahan akhir
    • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan seterika
    • Tidak semua hotel mempunyai bilik bertiga. Oleh itu, katil tambahan (rollaway bed) akan disediakan hanya pada bilik yang bersesuaian
    • Penyerahan pasport untuk pendaftaran visa harus di lakukan 45 hari sebelum berlepas
    • Pasport mestilah sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kembali
    • Adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli kumpulan untuk memastikan bahawa nama mereka bersih daripada senarai hitam oleh mana-mana badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negara.
    • Cross Border Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana ahli kumpulan yang ditolak perjalanan oleh Imigresen Malaysia. Tambang lawatan tidak akan dibayar balik.
    • Semua makanan yang disebut dalam program kami sesuai untuk pasaran Islam, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya akan diihidangkan berdasarkan menu standard bufet Antarabangsa oleh hotel.
    • Program yang tertera tertakluk kepada sebarang perubahan yang dipinda oleh Syarikat Cross Border Travel and Tours tanpa notis pemberitahuan.
    • Sekiranya terdapat sebarang pertikaian mengenai program lawatan, maka atur cara  dalam versi Bahasa Inggeris merupakan versi yang sah
    • Sila rujuk Terma & Syarat Cross Border Travel & Tours Sdn Bhd.

  •  DEPOSIT & PEMBAYARAN PAKEJ

    1. Deposit RM800 bagi setiap orang diperlukan dalam masa 5 hari selepas tempahan disahkan
    2. Pembayaran penuh mesti dibuat dalam masa 45 hari sebelum berlepas
    3. Jika bayaran penuh tidak diterima dalam tempoh 45 hari yang ditetapkan sebelum berlepas, Cross Border Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk membatalkan deposit dan juga tempahan.

    Harga Pakej

    Jumlah Deposit

    Tarikh Akhir yang Perlu dibayar

    Tarikh Akhir Bayaran Penuh

    Nilai Bayaran Balik

    Caj Pentadbiran

    Bawah RM 1999

    RM 300

    5 hari selepas tempahan disahkan

    45 hari sebelum berlepas

    RM 150

    RM 150

    RM 2000 – RM 3999

    RM 500

    RM 250

    RM 250

    RM 4000 – RM 5999

    RM 800

    RM 500

    RM 300

    RM 6000 – RM 7999

    RM 1500

    RM 1100

    RM 400

    RM 8000 & Ke atas

    RM 2500

    RM 2000

    RM 500

  •  PEMBATALAN

    1. Pembatalan tempahan oleh ahli kumpulan hendaklah dibuat secara bertulis atau e-mel bagi mengelakkan sebarang kesilapan komunikasi dan salah faham.
    2. Sekiranya pembatalan dibuat 50 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, deposit akan dikembalikan selepas ditolak caj pentadbiran yang ditetapkan. (Sila rujuk kepada Cross Border Travel & Tours Sdn Bhd terma & syarat)

     

     

     

    Caj Pembatalan / Bayaran

    Tempoh

    Caj Pembatalan

    Nota

    50 hari atau lebih sebelum berlepas

    Pembayaran balik deposit

    Rujuk Nilai Bayaran Balik selepas ditolak caj pentadbiran

    35 – 49 hari sebelum berlepas

    Pembatalan deposit

     

    26 – 34 hari sebelum berlepas

    50% daripada tambang pelancongan

     

    20 – 25 hari sebelum berlepas

    75% daripada tambang pelancongan

     

    Bawah 20 hari sebelum berlepas

    100% daripada tambang pelancongan

     

 Telah dikemaskini pada 23-04-2019

PAKEJ TERMASUK

  Makanan (BOARD SEPARUH)
 Tiket penerbangan termasuk cukai dengan pesawat Emirates Airlines.
 7 malam hotel penginapan dengan sarapan pagi
 Makan tengahari dan makan malam seperti yang dinyatakan
 Bayaran Masuk: Bosphorus Cruise, Tokapi Sarayi
 Tempat lawatan seperti yang dinyatakan dalam program
 Tip
 Wakil dari Cross Border Travel & Tours Sdn Bhd jika kumpulan lebih dari 15 orang​
 Pemandu Pelancong berbahasa Inggeris untuk lawatan

PAKEJ TIDAK TERMASUK

 Khidmat porter
 Perbelanjaan peribadi
 Insuran Perjalanan - RM 84.06 bagi setiap orang
 Surcaj waktu kemuncak/musim perayaan
 Sebarang makanan tambahan & minuman yang tidak dinyatakan di dalam program
 Lain-lain bayaran masuk yang tidak dinyatakan dalam program
 Kos lebihan bagasi
 Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan dalam aturcara

 

Agensi pengembaraan dan pelancongan yang Unggul !

Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd. ialah sebuah agen penempahan tiket penerbangan, agensi pelancongan dan pengembaraan di dalam dan luar Negara. Kami juga menguruskan pakej-pakej pelancongan dalam dan luar Negara, penempahan bilik penginapan di Hotel, sewaan bas pelancong, kereta sewa dan sebagainya. Kami juga menguruskan lawatan teknikal dari agensi agensi kerajaan dan swasta. Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan perkhidmatan agensi pengembaraan dan pelancongan yang komprehensif pada harga yang kompetitif.

 

9H7M TURKI YANG MEMUKAU

9H7M TURKI YANG MEMUKAU

Emel pakej ini..
×

DAFTARLAH HARI INI..

Untuk menerima promosi hebat dan tips untuk Percutian riang anda yang seterusnya!
×