Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd.

 +603 8893 5779

Lesen Kementerian Kewangan
357-021 79706
 

 PAKEJ PELANCONGAN

Pilih Destinasi
Pilih Tema Pakej
 
 
 
9H7M KERIANGAN TURKI
ISTANBUL – BURSA – KUSADASI – PAMUKKALE – KONYA – CAPPADOCIA – ANKARA – IZMIT
 

Hari 01 KUALA LUMPUR - ISTANBUL
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Istanbul melalui Muscat. Tiba di Istanbul, disambut oleh wakil Amar travel & tours dan menuju ke hotel untuk daftar masuk dan bermalam.

Hari 02 ISTANBUL – BURSA – KUSADASI (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Menuju ke Bursa dan melawat Green Mosque, Green Mausoleum, Silk Bazaar dan Ottoman House. Makan tengahari di restoran dan menuju ke Kusadasi dalam perjalanan melalui Isa Bey Mosque & visit Olive Oil Showroom. Tiba di Kusadasi. Makan malam di restoran. Daftar masuk hotel dan bermalam.

Hari 03 KUSADASI – PAMUKKALE (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Daftar keluar dan melawat Leather Factory Showroom. Menuju ke Ephesus Ancient City. Selepas makan tengahari, teruskan perjalanan ke Pamukkale. Anda berpeluang melawat ke Ancient City of Hierapolis, iaitu kolam air panas berteres di lereng bukit. Daftar masuk hotel. Makan malam dan bermalam.

Hari 04 PAMUKKALE – KONYA – CAPPADOCIA (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Berangkat ke Konya dan makan tengahari di restoran. Konya merupakan pusat pemerintahan Empayar Seljuk atau dikenali kota Melvana. Melawat ke Mevlana Museum. Teruskan perjalanan ke Capadocia. Daftar masuk hotel. Makan malam dan bermalam.

Hari 05 CAPPADOCIA (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Lawatan sekitar bandar Capadocia termasuk Underground City, bergambar di Valley of the Birds, Uchisar Castle, Pasabag Valley and Pigeons Valley. Makan tengahari di restoran. Melawat ke kilang seramik, batu permata dan karpet. Makan malam dan bermalam.

Hari CAPPADOCIA – ANKARA – IZMIT (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Menuju ke Ankara, ibu negara Turkey dan melawat ke Ataturk Mausoleum – tempat dimana kawasan istirehat Mustafa Kemal Ataturk – Bapa permodenan Turki. Makan tengahari di restoran dan menuju ke Izmit. Daftar masuk hotel. Makan malam dan bermalam.

Hari 07 IZMIT – ISTANBUL (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Berangkat ke Istanbul (286 Km). Makan tengahari di restoran. Tiba di Istanbul, melayari kapal layar Bosphorus Cruise, melawat Ayub Al Ansari Mosque dan membeli belah di Spice Market. Makan malam di restoran. Daftar masuk hotel dan bermalam.

Hari 08 ISTANBUL (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Melawat di sekitar Istanbul dengan menuju ke Hagia Sophia, Topkapi Palace & Blue Mosque. Makan tengahar di restoran. Membeli belah di Grand Bazaar. Aktiviti bebas di Taksim Square. Makan malam di restoran. Menuju ke lapangan terbang.

HARI 09 ISTANBUL – MUSCAT – KUALA LUMPUR
Menaiki pesawat ke Kuala Lumpur melalui Muscat Tiba di Kuala Lumpur.

LAWATAN TAMBAHAN

  1. Hot Air Balloon – USD 230 seorang

Belon udara panas adalah cara terbaik untuk meneroka Cappadocia. Anda akan berlepas sebelum matahari terbit dan akan terpukau dengan keindahan landskap yang menakjubkan di bawah anda.  Anda akan terbang melalui pembentukan batu ‘fairy chimneys’, lembah yang penuh dengan ‘pigeon house’, kebun dan ladang anggur.  Rasai keindahan Cappadocia yang tidak akan anda lupakan.

STANDARD

Tarikh Berlepas:
 20-Jun    26-Ogo    22-Sep    04-Nov  

OMAN AIR
Dewasa
Berdua
RM 4179
Dewasa
Seorang
RM 5079
Child
Berdua
RM 4179
Child
Tanpa Katil
RM 3779
Child
Perlu Katil
RM 3979
Maklumat Penerbangan:
FLIGHT NO DESTINATION TIMING
WY 822         KUALA LUMPUR - MUSCAT 0930 – 1215
WY 165          MUSCAT - ISTANBUL 1445 – 1900
WY 166          ISTANBUL - MUSCAT 0055 – 0640
WY 166          MUSCAT - KUALA LUMPUR 0905 – 2010

 

*Surcharge RM200 on 22 Sep 

Maklumat Penginapan:
HOTEL NAME
Istanbul – Ramada Alibekoy / Similar
Kusadasi – Grand Sahin Hotel / Similar
Pamukkale – Ninova Thermal / Similar
Capadocia – Suhan Hotel / Similar
Izmit – Ramada Plaza Hotel / Similar

Tarikh Sah: Dari 23-04-2019 Sehingga 04-11-2019
  •  NOTA PENTING

    • Harga yang dinyatakan adalah tertakluk kepada perubahan turun naik mata wang, surcaj bahan api dan kenaikan cukai lapangan terbang
    • Kami berhak untuk mengubah turutan atau menukar, meminda atau mengubah jadual perjalanan jika perlu, dengan atau tanpa notis terlebih dahulu
    • Semua penerbangan dan hotel adalah sementara dan tertakluk kepada sebarang perubahan sehingga pengesahan akhir
    • Sila rujuk pada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket penerbangan domestik
    • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan seterika
    • Tidak semua hotel mempunyai bilik bertiga. Oleh itu, katil tambahan (rollaway bed) akan disediakan hanya pada bilik yang bersesuaian
    • Penyerahan pasport untuk pendaftaran visa harus di lakukan 45 hari sebelum berlepas
    • Pasport mestilah sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kembali
    • Adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli kumpulan untuk memastikan bahawa nama mereka bersih daripada senarai hitam oleh mana-mana badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negara.
    • Cross Border Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana ahli kumpulan yang ditolak perjalanan oleh Imigresen Malaysia. Tambang lawatan tidak akan dibayar balik.
    • Semua makanan yang disebut dalam program kami sesuai untuk pasaran Muslim, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya akan diihidangkan berdasarkan menu standard bufet oleh hotel.
    • Program yang tertera tertakluk kepada sebarang perubahan yang dipinda oleh Syarikat Cross Border  Travel and Tours tanpa notis pemberitahuan.
    • Sila rujuk Terma & Syarat Cross Border  Travel & Tours Sdn Bhd.

  •  DEPOSIT & PEMBAYARAN PAKEJ

     

    1. Deposit RM800 bagi setiap orang diperlukan dalam masa 5 hari selepas tempahan disahkan
    2. Pembayaran penuh mesti dibuat dalam masa 45 hari sebelum berlepas
    3. Harga Pakej

      Jumlah Deposit

      Tarikh Akhir yang Perlu dibayar

      Tarikh Akhir Bayaran Penuh

      Nilai Bayaran Balik

      Caj Pentadbiran

      Bawah RM 1999

      RM 300

      5 hari selepas tempahan disahkan

      45 hari sebelum berlepas

      RM 150

      RM 150

      RM 2000 – RM 3999

      RM 500

      RM 250

      RM 250

      RM 4000 – RM 5999

      RM 800

      RM 500

      RM 300

      RM 6000 – RM 7999

      RM 1500

      RM 1100

      RM 400

      RM 8000 & Ke atas

      RM 2500

      RM 2000

      RM 500

    4. Jika bayaran penuh tidak diterima dalam tempoh 45 hari yang ditetapkan sebelum berlepas, Cross Border  Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk membatalkan deposit dan tempahan.

  •  PEMBATALAN

    1. Pembatalan tempahan oleh ahli kumpulan hendaklah dibuat secara bertulis atau e-mel bagi mengelakkan sebarang kesilapan komunikasi dan salah faham.
    2. Sekiranya pembatalan dibuat 50 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, deposit akan dikembalikan selepas ditolak caj pentadbiran yang ditetapkan. (Sila rujuk kepada Cross Border  Travel & Tours Sdn Bhd terma & syarat)

    Caj Pembatalan / Bayaran

    Tempoh

    Caj Pembatalan

    Nota

    50 hari atau lebih sebelum berlepas

    Pembayaran balik deposit

    Rujuk Nilai Bayaran Balik selepas ditolak caj pentadbiran

    35 – 49 hari sebelum berlepas

    Pelucuthakan deposit

     

    26 – 34 hari sebelum berlepas

    50% daripada tambang pelancongan

     

    20 – 25 hari sebelum berlepas

    75% daripada tambang pelancongan

     

    Bawah 20 hari sebelum berlepas

    100% daripada tambang pelancongan

     

 Telah dikemaskini pada 23-04-2019

PAKEJ TERMASUK

  Makanan (BOARD SEPARUH)
 Tiket penerbangan termasuk cukai dengan pesawat Oman Air
 7 malam hotel penginapan dengan sarapan pagi
 Makan tengahari dan makan malam seperti yang dinyatakan
 Bayaran Masuk: Bosphorus Cruise, Topkapi Sarayi
 Tempat lawatan seperti yang dinyatakan dalam program
 Tip
 Wakil dari Cross Border Travel & Tours Sdn Bhd jika kumpulan lebih dari 15 orang​
 Pemandu Pelancong berbahasa Inggeris untuk lawatan

PAKEJ TIDAK TERMASUK

 Khidmat porter
 Perbelanjaan peribadi
 Insuran Perjalanan - RM 84.06 bagi setiap orang
 Surcaj waktu kemuncak/musim perayaan
 Sebarang makanan tambahan & minuman yang tidak dinyatakan di dalam program
 Lain-lain bayaran masuk yang tidak dinyatakan dalam program
 Kos lebihan bagasi
 Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan dalam aturcara

 

Agensi pengembaraan dan pelancongan yang Unggul !

Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd. ialah sebuah agen penempahan tiket penerbangan, agensi pelancongan dan pengembaraan di dalam dan luar Negara. Kami juga menguruskan pakej-pakej pelancongan dalam dan luar Negara, penempahan bilik penginapan di Hotel, sewaan bas pelancong, kereta sewa dan sebagainya. Kami juga menguruskan lawatan teknikal dari agensi agensi kerajaan dan swasta. Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan perkhidmatan agensi pengembaraan dan pelancongan yang komprehensif pada harga yang kompetitif.

 

9H7M KERIANGAN TURKI

9H7M KERIANGAN TURKI

Emel pakej ini..
×

DAFTARLAH HARI INI..

Untuk menerima promosi hebat dan tips untuk Percutian riang anda yang seterusnya!
×