Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd.

 +603 8893 5779

Lesen Kementerian Kewangan
357-021 79706
7H5N KECANTIKKAN SEOUL, PULAU NAMI & JEJU
 

 PAKEJ PELANCONGAN

Pilih Destinasi
Pilih Tema Pakej
 
 
 
7H5N KECANTIKKAN SEOUL, PULAU NAMI & JEJU
SEOUL - PULAU NAMI - JEJU
 

Hari 01 KUALA LUMPUR – HONGKONG – INCHEON (MM)
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Incheon melalui Hongkong. Sejurus tiba di Lapangan Terbang Incheon, tetamu akan disambut oleh wakil Amar Travel. Makan malam di restoran. Daftar masuk hotel dan bermalam.

Hari 02 INCHEON – NAMI ISLAND – SEOUL (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Menuju ke Chuncheon dan melawat Pulau Nami dengan menaiki feri (lokasi pengambaran drama Winter Sonata). Makan tengahari di restoran. Melawat Itaewon Mosque/Itaewon Shopping Street dan dibawa ke Menara Seoul/Namsan (tidak termasuk lift). Makan malam di restoran. Daftar masuk hotel dan bermalam

Hari 03 SEOUL (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Terus ke Lotte World Theme Park dan mencuba pelbagai jenis permainan yang terdapat di situ. Makan tengahari di restoran. Melawat ke Huganbo Center dan kedai Red Pine. Membeli-belah di kedai bebas cukai dan di Myeongdong Street. Makan malam di restoran. Bermalam.

Hari 04 SEOUL – GIMPO – PULAU JEJU (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Hari ini, tetamu akan dibawa melalui Rumah Biru President, melawat Istana Gyeongbok– istana utama pada zaman Dinasti Joseon yang aslinya didirikan pada tahun 1395 dan Museum Nasional Rakyat – terletak di halaman Istana Gyeongbok dan mempunyai pelbagai koleksi artifak dan alat-alat yang digunakan oleh masyarakat Korea pada zaman dahulu hingga sekarang. Makan tengahari di restoran. Melawat Seawed Museum dan menyertai kelas membuat Kimbap dan memakai pakaian tradisional Korea ‘Hanbok’. Berangkat ke Lapangan Terbang Gimpo dan menaiki pesawat ke Pulau Jeju. Tiba di Pulau Jeju, melawat Yongduan Rock dan Mysterious Road. Makan malam di restoran. Daftar masuk hotel dan bermalam.

Hari 05 PULAU JEJU (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Melawat ke Seongsan Ilchulbong Sunrise Peak – sebuah kawah gunung berapi, Seopjikoji – pantai yang indah, Seongeup Folk Village – sebuah bandar kecil yang mempunyai pelbagai budaya dan Cheongjiyeon Waterfall. Makan tengahari di restoran. Teruskan lawatan ke Museum Teddy Bear dan O Sulloc Tea Museum. Makan malam di restoran. Bermalam.

Hari 06 PULAU JEJU – HONGKONG – KUALA LUMPUR (SP)
Sarapan pagi di hotel. Melawat ke butik kosmetik, kilang batu permata dan membeli belah di sebuah pasaraya tempatan. Berangkat ke Lapangan Terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Hongkong.

Hari 07 KUALA LUMPUR
Arrive Kuala Lumpur

Standard

Tarikh Berlepas:
 29-Nov  

CATHAY PACIFIC
Dewasa
Berdua
RM 4329
Dewasa
Seorang
RM 5029
Child
Berdua
RM 4329
Child
Tanpa Katil
RM 3629
Child
Perlu Katil
RM 4029
Maklumat Penerbangan:
FLIGHT NO DESTINATION TIMING
KA 730 KUALA LUMPUR – HONG KONG  0900 – 1300 
CX 418 HONG KONG – INCHEON 1420 – 1855
KA 325 JEJU – HONG KONG 1315 – 1540
KA 727 HONG KONG - KUALA LUMPUR 2020 - 0015+1

 

Maklumat Penginapan:
HOTEL NAME
JEJU : Amourex Hotel or Similar
INCHEON: Sopra Hotel or Similar
SEOUL : Recenz or Similar

Tarikh Sah: Dari 25-04-2019 Sehingga 29-11-2019
  •  NOTA PENTING

    • Harga yang dinyatakan adalah tertakluk kepada perubahan turun naik mata wang, surcaj bahan api dan kenaikan cukai lapangan terbang
    • Kami berhak untuk mengubah turutan atau menukar, meminda atau mengubah jadual perjalanan jika perlu, dengan atau tanpa notis terlebih dahulu
    • Semua penerbangan dan hotel adalah sementara dan tertakluk kepada sebarang perubahan sehingga pengesahan akhir
    • Sila rujuk pada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket domestik
    • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan seterika
    • Tidak semua hotel mempunyai bilik bertiga. Oleh itu, katil tambahan (rollaway bed) akan disediakan hanya pada bilik yang bersesuaian
    • Penyerahan pasport untuk pendaftaran visa harus di lakukan 45 hari sebelum berlepas
    • Pasport mestilah sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kembali
    • Adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli kumpulan untuk memastikan bahawa nama mereka bersih daripada senarai hitam oleh mana-mana badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negara.
    • Cross Border Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana ahli kumpulan yang ditolak perjalanan oleh Imigresen Malaysia. Tambang lawatantidak akan dibayar balik.
    • Semua makanan yang disebut dalam program kami sesuai untuk pasaran Muslim, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya akan diihidangkan berdasarkan menu standard bufet Antarabangsa oleh hotel.
    • Program yang tertera tertakluk kepada sebarang perubahan yang dipinda oleh Syarikat Cross Border Travel and Tours tanpa notis pemberitahuan.
    • Sila rujuk Terma & Syarat Cross Border Travel & Tours Sdn Bhd.

  •  DEPOSIT & PEMBAYARAN PAKEJ

    1. Deposit RM500 bagi setiap orang diperlukan dalam masa 5 hari selepas tempahan disahkan
    2. Pembayaran penuh mesti dibuat dalam masa 45 hari sebelum berlepas

     

    Harga Pakej

    Jumlah Deposit

    Tarikh Akhir yang Perlu dibayar

    Tarikh Akhir Bayaran Penuh

    Nilai Bayaran Balik

    Caj Pentadbiran

    Bawah RM 1999

    RM 300

    5 hari selepas tempahan disahkan

    45 hari sebelum berlepas

    RM 150

    RM 150

    RM 2000 – RM 3999

    RM 500

    RM 250

    RM 250

    RM 4000 – RM 5999

    RM 800

    RM 500

    RM 300

    RM 6000 – RM 7999

    RM 1500

    RM 1100

    RM 400

    RM 8000 & Ke atas

    RM 2500

    RM 2000

    RM 500

    • Jika bayaran penuh tidak diterima dalam tempoh 45 hari yang ditetapkan sebelum berlepas, Cross Border Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk membatalkan deposit dan tempahan.

    •  

  •  PEMBATALAN

    1. Pembatalan tempahan oleh ahli kumpulan hendaklah dibuat secara bertulis atau e-mel bagi mengelakkan sebarang kesilapan komunikasi dan salah faham.
    2. Sekiranya pembatalan dibuat 50 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, deposit akan dikembalikan selepas ditolak caj pentadbiran yang ditetapkan. (Sila rujuk kepada Cross Border Travel & Tours Sdn Bhd terma & syarat)
    3. Caj Pembatalan / Bayaran

      Tempoh

      Caj Pembatalan

      Nota

      50 hari atau lebih sebelum berlepas

      Pembayaran balik deposit

      Rujuk Nilai Bayaran Balik selepas ditolak caj pentadbiran

      35 – 49 hari sebelum berlepas

      Pelucuthakan deposit

       

      26 – 34 hari sebelum berlepas

      50% daripada tambang pelancongan

       

      20 – 25 hari sebelum berlepas

      75% daripada tambang pelancongan

       

      Bawah 20 hari sebelum berlepas

      100% daripada tambang pelancongan

       

       

 Telah dikemaskini pada 25-04-2019

PAKEJ TERMASUK

  Makanan (BOARD PENUH)
 Tiket penerbangan dan cukai dengan pesawat Cathay Dragon/Cathay Pacific
 5 malam hotel penginapan beserta sarapan pagi
 Makan tengahari & makan malam
 Bayaran Masuk: Everland Theme Park
 Tempat lawatan seperti yang dinyatakan dalam program
 Pemandu Pelancong berbahasa Inggeris untuk lawatan
 Tipping
 Wakil dari Cross Border Travel & Tours Sdn Bhd jika kumpulan lebih dari 15 orang​

PAKEJ TIDAK TERMASUK

 Khidmat porter
 Perbelanjaan peribadi
 Insuran Perjalanan - RM 58.61 bagi setiap orang
 Surcaj waktu kemuncak/musim perayaan
 Sebarang makanan tambahan & minuman yang tidak dinyatakan di dalam program
 Lain-lain bayaran masuk yang tidak dinyatakan dalam program
 Kos lebihan bagasi
 Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan dalam aturcara

 

Agensi pengembaraan dan pelancongan yang Unggul !

Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd. ialah sebuah agen penempahan tiket penerbangan, agensi pelancongan dan pengembaraan di dalam dan luar Negara. Kami juga menguruskan pakej-pakej pelancongan dalam dan luar Negara, penempahan bilik penginapan di Hotel, sewaan bas pelancong, kereta sewa dan sebagainya. Kami juga menguruskan lawatan teknikal dari agensi agensi kerajaan dan swasta. Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan perkhidmatan agensi pengembaraan dan pelancongan yang komprehensif pada harga yang kompetitif.

 

7H5N KECANTIKKAN SEOUL, PULAU NAMI & JEJU

7H5N KECANTIKKAN SEOUL, PULAU NAMI & JEJU

Emel pakej ini..
×

DAFTARLAH HARI INI..

Untuk menerima promosi hebat dan tips untuk Percutian riang anda yang seterusnya!
×