Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd.

 +603 8893 5779

Lesen Kementerian Kewangan
357-021 79706
10H7M KEDAMAIAN TURKI
 

 PAKEJ PELANCONGAN

Pilih Destinasi
Pilih Tema Pakej
 
 
 
10H7M KEDAMAIAN TURKI
ISTANBUL – BURSA – KUSADASI – PAMUKKALE – KONYA – CAPPADOCIA – ANKARA – IZMIT – ISTANBUL
 

HARI 01 KUALA LUMPUR – SINGAPORE – ISTANBUL
Berkumpul di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Turki melalui Singapore.

HARI 02 SINGAPORE – ISTANBUL – BURSA (MT,MM)
Tiba di lapangan terbang Antarturk, bertemu dengan wakil tempatan dan terus melawat Ayyub Al Ansari Mosque dan Bosphorus Cruise. Makan tengahari di restoran. Teruskan perjalanan ke Bursa dan singgah di Turkish Delight Shop. Tiba di Bursa melawat Green Mosque & Grand Mosque. Daftar masuk hotel. Makan malam dan bermalam.

HARI 03 BURSA – KUSADASI (SP,MT,MM)
Sarapan pagi di hotel. Berangkat ke Kusadasi. Makan tengahari di restoran tempatan. Seterusnya melawat ke Ephesus Ancient City & Olive Oil Shop. Daftar masuk hotel. Makan malam dan bermalam.

HARI 04 KUSADASI – PAMUKKALE (SP,MT,MM)
Sarapan pagi di hotel. Melawat Leather Factory Showroom. Selepas itu menuju ke Pamukkale. Lawatan sekitar Ancient City of Hierapolishari ini dipanggil Pamukkale. Daftar masuk hotel. Makan malam dan bermalam.

HARI 05 PAMUKKALE – KONYA – CAPPADOCIA (SP,MT,MM)
Sarapan pagi di hotel. Menuju ke Cappodia melalui Konya. Makan tengahari di restoran. Tiba di Konya melawat Mevlana Museum. Teruskan perjalanan ke Cappadocia dan berhenti di Caravansaray. Daftar masuk hotel. Makan malam dan bermalam.

HARI 06 CAPPADOCIA (SP,MT,MM)
Sarapan pagi di hotel. Lawatan sekitar bandar Capadocia melawat Underground City. Hentian bergambar di Valley of the Birds dan di kaki Istana Uchisar, Pasabag Valley & Derbent Valley. Makan tengahari di restoran. Melawat kilang seramik dan karpet buatan tangan. Makan malam di hotel. Bermalam.

HARI 07 CAPPADOCIA – ANKARA – IZMIT (SP,MT,MM)
Sarapan pagi di hotel. Daftar keluar dan menuju ke Ankara, ibu negara Turki. Dalam perjalanan, singgah di Salt Lake. Melawat Muzium Ataturk – tempat bersemadi Mustafa Kemal Ataturk, Bapa kemodenan Turki. Makan tengahari di restoran. Menuju ke Izmit. Daftar masuk hotel. Makan malam dan bermalam.

HARI 08 IZMIT – ISTANBUL (SP,MT,MM)
Sarapan pagi di hotel. Daftar keluar dan menuju ke Istanbul (286 Km). melawat ke Hagia Sophia, Topkapi Palace & Blue Mosque. Makan tengahari di restoran.. Lawatan diteruskan dengan melawat Hippodrome, Spice Bazaar & Grand Bazaar. Makan malam di restoran. Daftar masuk hotel. bermalam.

HARI 09 ISTANBUL – SINGAPORE – KUALA LUMPUR (SP)
Sarapan pagi di hotel. Menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Kuala Lumpur melalui Singapore.

HARI 10 KUALA LUMPUR
Tiba di Kuala Lumpur.

LAWATAN TAMBAHAN

LAWATAN PILIHAN:

  1. Hot Air Balloon - USD230 seorang

Belon udara panas adalah cara terbaik untuk meneroka Cappadocia. Anda akan berlepas sebelum matahari terbit dan akan terpukau dengan keindahan landskap yang menakjubkan di bawah anda.  Anda akan terbang melalui pembentukan batu ‘fairy chimneys’, lembah yang penuh dengan ‘pigeon house’, kebun dan ladang anggur.  Rasai keindahan Cappadocia yang tidak akan anda lupakan.

Standard

Tarikh Berlepas:
 19-Nov    29-Dis  

SINGAPORE AIRLINES
Dewasa
Berdua
RM 4479
Dewasa
Seorang
RM 5379
Child
Berdua
RM 4479
Child
Tanpa Katil
RM 4079
Child
Perlu Katil
RM 4279
Maklumat Penerbangan:
FLIGHT NO   DESTINATION   TIMING
MI 341 KUALA LUMPUR – SINGAPORE 2145 – 2250
SQ 392  SINGAPORE – ISTANBUL 0150 – 0825
SQ 391  ISTANBUL – SINGAPORE  1450 – 0545+1
SQ 106 SINGAPORE – KUALA LUMPUR 0830 – 0930

 

*flight & timing is subject to change

Maklumat Penginapan:

HOTEL NAME

Istanbul – Ramada Alibekoy / Similar
Bursa – Almira / Similar
Kusadasi – Suhan / Similar
Pamukkale – Ninova Thermal / Similar
Capadocia – Suhan Hotel / Similar
Izmit – Ramada Plaza Hotel / Similar

Tarikh Sah: Dari 23-04-2019 Sehingga 29-12-2019
  •  NOTA PENTING

    • Harga yang dinyatakan adalah tertakluk kepada perubahan turun naik mata wang, surcaj bahan api dan kenaikan cukai lapangan terbang

    • Kami berhak untuk mengubah turutan atau menukar, meminda atau mengubah jadual perjalanan jika perlu, dengan atau tanpa notis terlebih dahulu

    • Semua penerbangan dan hotel adalah sementara dan tertakluk kepada sebarang perubahan sehingga pengesahan akhir

    • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan seterika

    • Tidak semua hotel mempunyai bilik bertiga. Oleh itu, katil tambahan (rollaway bed) akan disediakan hanya pada bilik yang bersesuaian

    • Penyerahan pasport untuk pendaftaran visa harus di lakukan 45 hari sebelum berlepas

    • Pasport mestilah sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kembali

    • Adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli kumpulan untuk memastikan bahawa nama mereka bersih daripada senarai hitam oleh mana-mana badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negara.

    • Cross Border Travel & Tours tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana ahli kumpulan yang ditolak perjalanan oleh Imigresen Malaysia. Tambang lawatan tidak akan dibayar balik.

    • Semua makanan yang disebut dalam program kami sesuai untuk pasaran Muslim, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya akan diihidangkan berdasarkan menu standard bufet oleh hotel.

    • Program yang tertera tertakluk kepada sebarang perubahan yang dipinda oleh Syarikat Cross Border Travel & Tours tanpa notis pemberitahuan.

    • Sekiranya terdapat sebarang pertikaian mengenai program lawatan, maka atur cara  dalam versi Bahasa Inggeris merupakan versi yang sah

    • Sila rujuk Terma & Syarat Cross Border Travel & Tours.

  •  DEPOSIT & PEMBAYARAN PAKEJ

    DEPOSIT & PEMBAYARAN PENEMPAHAN:

    1. Deposit RM500 bagi setiap orang diperlukan dalam masa 5 hari selepas tempahan disahkan

    2. Pembayaran penuh mesti dibuat dalam masa 45 hari sebelum berlepas

    3. Sekiranya bayaran penuh tidak diterima dalam tempoh 45 hari yang ditetapkan sebelum berlepas, Cross Border Travel & Tours berhak untuk membatalkan deposit dan juga tempahan.

    Harga Pakej

    Jumlah Deposit

    Tarikh Akhir yang Perlu dibayar

    Tarikh Akhir Bayaran Penuh

    Nilai Bayaran Balik

    Caj Pentadbiran

    Bawah RM 1999

    RM 300

    5 hari selepas tempahan disahkan

    45 hari sebelum berlepas

    RM 150

    RM 150

    RM 2000 – RM 3999

    RM 500

    RM 250

    RM 250

    RM 4000 – RM 5999

    RM 800

    RM 500

    RM 300

    RM 6000 – RM 7999

    RM 1500

    RM 1100

    RM 400

    RM 8000 & Ke atas

    RM 2500

    RM 2000

    RM 500

  •  PEMBATALAN

    PEMBATALAN

    1. Pembatalan tempahan oleh ahli kumpulan hendaklah dibuat secara bertulis atau e-mel bagi mengelakkan sebarang kesilapan komunikasi dan salah faham.

    2. Sekiranya pembatalan dibuat 50 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, deposit akan dikembalikan selepas ditolak caj pentadbiran yang ditetapkan. (Sila rujuk kepada Cross Border Travel & Tours terma & syarat)

     

    Caj Pembatalan / Bayaran

    Tempoh

    Caj Pembatalan

    Nota

    50 hari atau lebih sebelum berlepas

    Pembayaran balik deposit

    Rujuk Nilai Bayaran Balik selepas ditolak caj pentadbiran

    35 – 49 hari sebelum berlepas

    Pembatalan deposit

     

    26 – 34 hari sebelum berlepas

    50% daripada tambang pelancongan

     

    20 – 25 hari sebelum berlepas

    75% daripada tambang pelancongan

     

    Bawah 20 hari sebelum berlepas

    100% daripada tambang pelancongan

     

 Telah dikemaskini pada 23-04-2019

PAKEJ TERMASUK

  Makanan (BOARD PENUH)
 Tiket penerbangan termasuk cukai oleh Singapore Airlines
 7 malam hotel penginapan dengan sarapan pagi
 Makan tengahari dan makan malam seperti yang dinyatakan
 Bayaran Masuk: Bosphorus Cruise & Topkapi Sarayi
 Tempat lawatan seperti yang dinyatakan dalam program
 Tip
 Wakil dari Amar Travel & Tours Sdn Bhd jika kumpulan lebih dari 15 orang​
 Pemandu Pelancong berbahasa Inggeris untuk lawatan

PAKEJ TIDAK TERMASUK

 Khidmat porter
 Perbelanjaan peribadi
 Insuran Perjalanan - RM 84.06 bagi setiap orang
 Surcaj waktu kemuncak/musim perayaan
 Sebarang makanan tambahan & minuman yang tidak dinyatakan di dalam aturcara
 Lain-lain bayaran masuk yang tidak disebut dalam aturcara
 Kos lebihan bagasi
 Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan dalam aturcara

 

Agensi pengembaraan dan pelancongan yang Unggul !

Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd. ialah sebuah agen penempahan tiket penerbangan, agensi pelancongan dan pengembaraan di dalam dan luar Negara. Kami juga menguruskan pakej-pakej pelancongan dalam dan luar Negara, penempahan bilik penginapan di Hotel, sewaan bas pelancong, kereta sewa dan sebagainya. Kami juga menguruskan lawatan teknikal dari agensi agensi kerajaan dan swasta. Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan perkhidmatan agensi pengembaraan dan pelancongan yang komprehensif pada harga yang kompetitif.

 

10H7M KEDAMAIAN TURKI

10H7M KEDAMAIAN TURKI

Emel pakej ini..
×

DAFTARLAH HARI INI..

Untuk menerima promosi hebat dan tips untuk Percutian riang anda yang seterusnya!
×