Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd.

 +603 8893 5779

Lesen Kementerian Kewangan
357-021 79706
10H8M JORDAN, BAITUL MAQDIS & MESIR
 

 PAKEJ PELANCONGAN

Pilih Destinasi
Pilih Tema Pakej
 
 
 
10H8M JORDAN, BAITUL MAQDIS & MESIR
AMMAN – ALLENBY BRIDGE – JERUSALEM – TABA – JABAL MUSA - SHARM ELSHAIKH – CAIRO - ALEXANDRIA
 

Hari 01 KUALA LUMPUR – MUSCAT – AMMAN (MM)
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Menaiki pesawat ke Amman melalui Muscat. Tiba di Amman, disambut oleh wakil Amar Travel & Tours. Makan malam di restoran. Daftar masuk hotel dan bermalam.

Hari 02 AMMAN – PETRA – AMMAN (SP/MT/MM)
Sarapan padi di hotel. Menuju ke Petra – tapak arkeologi yang terkenal dan melawat ‘The Rose Red City’ – antara salah satu 7 keajaiban dunia dan Sleepers Caves (As-Hab Alkahe). Makan tengahari di restoran. Pulang ke Amman. Makan malam di restoran. Bermalam.

Hari 03 AMMAN – ALLENBY BRIDGE – JERUSALEM (SP/MT/MM)
Sarapan pagi hotel. Melawat Makam Nabi Shuib dan Laut Mati ‘The Dead Sea’. Menuju King Hussein Bridge (Allenby Bridge) sebelum tiba di Jericho. Makan tengahari di restoran. Teruskan lawatan ke Makam Nabi Musa dan Mount of Temptation. Daftar masuk ke hotel. Makan malam di restoran.

Hari 04 JERUSALEM (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Melawat ke The Dome of the Rock – monument Islam tertua, Masjid Marwani, Walling Wall Old Market of Jerusalem – satu-satunya sia bangunan suci yang teguh berdiri. Melawat Masjid Omar bin Khattab, Makam Nabi Daud, Makam Raba’ah Adawiah dan Makam Salman Al Farisi. Makan tengahari di restoran. Melihat Jerusalem Old City dari Mount of Olives. Makan malam di restoran. Bermalam.

Hari 05 JERUSALEM (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Menuju ke Hebron – terletak di pinggir barat kota Palestin dan disenarikan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO, melawat Makan Nabi Ibrahim dan Bethlehem. Makan tengahari di restoran. Makan malam di restoran. Bermalam.

Hari 06 JERUSALEM – TABA – JABAL MUSA (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Menuju ke Taba (sempadan negara Mesir dan Israel). Makan tengahari di restoran. Teruskan perjalanan ke Jabal Musa. Daftar masuk hotel di daerah Sharm Elshaikh. Makan malam di restoran. Saksikan tarian rakyat Mesir. Bermalam.

Hari 07 SHARM ELSHAIKH – CAIRO (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Menuju ke Cairo. Makan tengahari di restoran. Tiba di Cairo, melawat Alazhar Alsharif, Masjid Al Hussein dan bazaar Khan El-Khalili. Makan malam. Daftar masuk hotel. Bermalam.

Hari 08 CAIRO – ALEXANDRIA – CAIRO (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Menuju ke Alexandria – sebuah kota cantik di pinggir laut Mediteranean. Melawat Masjid Abu Al Abbas, Masjid Nabi Danial dan Istana Raja Farouk. Makan tengahari di restoran. Kembali ke Cairo. Makan malam di dalam cruise sekitar Sungai Nil. Bermalam.

Hari 09 CAIRO (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Lawatan sekitar bandar Cairo melawat Pyramid, Papyrus Museum, Sphinx, Egyptian Museum – di mana terdapat koleksi barangan kuno Mesir. Makan tengahari di restoran. Melawat Citadel Mohamed Ali dan Salahuddin. Makan malam di restoran. Berangkat ke Lapangan Terbang.

Hari 10 CAIRO – MUSCAT – KUALA LUMPUR
Penerbangan ke Kuala Lumpur melalui Muscat. Tiba di Kuala Lumpur dengan selamat

Standard

Tarikh Berlepas:
 14-Jul  

OMAN AIR
Dewasa
Berdua
RM 8379
Dewasa
Seorang
RM 9979
Child
Berdua
RM 8379
Child
Tanpa Katil
RM 6479
Child
Perlu Katil
RM 7479
Maklumat Penerbangan:
FLIGHT NO DESTINATION TIMING
WY 822 KUALA LUMPUR – MUSCAT 0930 – 1215
WY 413 MUSCAT – AMMAN 1450 – 1730
WY 408 CAIRO – MUSCAT 0110 – 0715
WY 823 MUSCAT - KUALA LUMPUR 0905 – 2010

 

**flight & timing is subject to change

Maklumat Penginapan:
HOTEL NAME
Amman - Alfanar or Similar
Jerusalem - New Mitroploe or Similar
Sharm Elshaikh - Regency or similar
Cairo - Grand Pyramid or Similar

Tarikh Sah: Dari 16-04-2019 Sehingga 14-07-2019
  •  NOTA PENTING

    • Penyerahan passport untuk visa mestilah dibuat 60 hari sebelum perlepasan
    • Sila ambil perhatian bahawa tiada sesi rakaman fotografi / video dibenarkan semasa melepasi sempadan Jordan - Jerusalem
    • Kelulusan permohonan visa pemohon untuk memasuki Baitulmaqdis adalah di luar bidang kuasa Cross Border Travel & Tours dan hanya akan diberikan kira-kira 1 atau 2 hari sebelum memasuki Baitulmaqdis.
    • Visa yang diluluskan tidak akan menjamin peserta boleh memasuki Baitulmaqdis sehingga ia diberi kuasa oleh ketetapan parti di sempadan Israel / Palestin
    • Harga yang dinyatakan adalah tertakluk kepada perubahan turun naik mata wang, surcaj bahan api dan kenaikan cukai lapangan terbang
    • Kami berhak untuk mengubah turutan atau menukar, meminda atau mengubah jadual perjalanan jika perlu, dengan atau tanpa notis terlebih dahulu
    • Semua penerbangan dan hotel adalah sementara dan tertakluk kepada sebarang perubahan sehingga pengesahan akhir
    • Sila rujuk pada pihak kami sebelum membeli tiket penerbangan domestik
    • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan seterika
    • Tidak semua hotel mempunyai bilik bertiga. Oleh itu, katil tambahan (rollaway bed) akan disediakan hanya pada bilik yang bersesuaian
    • Pasport mestilah sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kembali
    • Adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli kumpulan untuk memastikan bahawa nama mereka bersih daripada senarai hitam oleh mana-mana badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negara.
    • Cross Border Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana ahli kumpulan yang ditolak perjalanan oleh Imigresen Malaysia. Tambang lawatantidak akan dibayar balik.

  •  DEPOSIT & PEMBAYARAN PAKEJ

    1. Deposit RM2500 bagi setiap orang diperlukan dalam masa 5 hari selepas tempahan disahkan
    2. Pembayaran penuh mesti dibuat dalam masa 45 hari sebelum berlepas
    3. Jika bayaran penuh tidak diterima dalam tempoh 45 hari yang ditetapkan sebelum berlepas, Cross Border Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk membatalkan deposit dan tempahan.

    Harga Pakej

    Jumlah Deposit

    Tarikh Akhir yang Perlu dibayar

    Tarikh Akhir Bayaran Penuh

    Nilai Bayaran Balik

    Caj Pentadbiran

    Bawah RM1999

    RM 300

    5 hari selepas tempahan disahkan

    45 hari sebelum berlepas

    RM 150

    RM 150

    RM 2000 – RM 3999

    RM 500

    RM 250

    RM 250

    RM 4000 – RM 5999

    RM 800

    RM 500

    RM 300

    RM 6000 – RM 7999

    RM 1500

    RM 1100

    RM 400

    RM 8000 & Atas

    RM 2500

    RM 2000

    RM 500

  •  PEMBATALAN

    1. Pembatalan tempahan oleh ahli kumpulan hendaklah dibuat secara bertulis atau e-mel bagi mengelakkan sebarang kesilapan komunikasi dan salah faham.
    2. Sekiranya pembatalan dibuat 50 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, deposit akan dikembalikan selepas ditolak caj pentadbiran yang ditetapkan. (Sila rujuk kepada Cross Border Travel & Tours Sdn Bhd terma & syarat)

    Caj Pembatalan / Bayaran

    Tempoh

    Tempoh

    Tempoh

    50 hari atau lebih sebelum berlepas

    Pembayaran balik deposit

    Rujuk Nilai Bayaran Balik selepas ditolak caj pentadbiran

    35 – 49 hari sebelum berlepas

    Pelucuthakan deposit

     

    26 – 34 hari sebelum berlepas

    50% daripada tambang pelancongan

     

    20 – 25 hari sebelum berlepas

    75% daripada tambang pelancongan

     

    Bawah 20 hari sebelum berlepas

    100% daripada tambang pelancongan

     

 Telah dikemaskini pada 23-04-2019

PAKEJ TERMASUK

  Makanan (BOARD PENUH)
 Penerbangan dan cukai oleh Oman Air
 8 malam hotel penginapan dengan sarapan pagi
 Makan Tengahari & Makan Malam seperti dalam jadual
 Bayaran masuk seperti yang dinyatakan dalam program ini
 Jordan & Jerusalem Visa
 Cukai berlepas dari Amman ke Jerusalem (Jambatan Allenby)
 Cukai berlepas dari Jerusalem ke Amman (sempadan Sheikh Hussein)
 Lawatan dan persiaran seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
 Tipping
 Pemandu pelancong berbahasa Inggeris
 Wakil dari Cross Border Travel & Tours jika kumpulan lebih dari 15 orang​

PAKEJ TIDAK TERMASUK

 Khidmat Porter
 Perbelanjaan peribadi
 Insurans Perjalanan
 Surcaj waktu kemuncak/musim perayaan
 Sebarang makanan tambahan & minuman yang tidak dinyatakan di dalam program
 Lain-lain bayaran masuk yang tidak dinyatakan dalam program
 Kos lebihan bagasi
 Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan dalam aturcara

 

Agensi pengembaraan dan pelancongan yang Unggul !

Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd. ialah sebuah agen penempahan tiket penerbangan, agensi pelancongan dan pengembaraan di dalam dan luar Negara. Kami juga menguruskan pakej-pakej pelancongan dalam dan luar Negara, penempahan bilik penginapan di Hotel, sewaan bas pelancong, kereta sewa dan sebagainya. Kami juga menguruskan lawatan teknikal dari agensi agensi kerajaan dan swasta. Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan perkhidmatan agensi pengembaraan dan pelancongan yang komprehensif pada harga yang kompetitif.

 

10H8M JORDAN, BAITUL MAQDIS & MESIR

10H8M JORDAN, BAITUL MAQDIS & MESIR

Emel pakej ini..
×

DAFTARLAH HARI INI..

Untuk menerima promosi hebat dan tips untuk Percutian riang anda yang seterusnya!
×