Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd.

 +603 8893 5779

Lesen Kementerian Kewangan
357-021 79706
9 HARI 6 MALAM EROPAH LON AMS BRU PAR – WY
 

 PAKEJ PELANCONGAN

Pilih Destinasi
Pilih Tema Pakej
 
 
 
9 HARI 6 MALAM EROPAH LON AMS BRU PAR – WY
LONDON – DOVER – CALAIS –AMSTERDAM – BRUSSELS – PARIS
 

HARI 01 KUALA LUMPUR – MUSCAT

•    Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk penerbangan ke London transit melalui Muscat.

HARI 02 MUSCAT – LONDON (MM)

  • Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, menuju ke The Bicester Village Outlet untuk membeli-belah

  • Makan malam di restoran.

  • Daftar masuk hotel dan bermalam.

HARI 03 LONDON (SP, MM)

  • Sarapan pagi di hotel.

  • Lawatan setengah hari di sekitar bandar London.  Melawat Parliament Square, Westminster Abbey, Big Ben, London Eye, Tower Bridge, Parliament House, Istana Buckingham dan St Paul Cathedral.

  • Teruskan ke Oxford Street untuk membeli-belah.

  • Kemudian, kembali ke hotel dengan makan malam di restoran tempatan.

  • Bermalam di hotel.

HARI 04 LONDON – DOVER – CALAIS – AMSTERDAM (SP, MM)

  • Sarapan pagi di hotel.

  • Menuju ke pelabuhan Dover dan menaiki feri ke Calais.

  • Tiba di Calais, bertemu dengan pemandu dan teruskan perjalanan ke Amsterdam.

  • Makan malam di restoran.

  • Daftar masuk hotel dan bermalam.

HARI 05 AMSTERDAM (SP, MM)

  • Sarapan pagi di hotel.

  • Melawat Madurodam – sebuah taman kecil dengan replika model tanda terkenal bandar.

  • Teruskan lawatan ke Zaanse Schans – perkampungan yang mempunyai kincir angin yang masih terpelihara.

  • Menuju ke Diamond Coaster  Factory dan menaiki Canal Cruise.

  • Melihat Dam Square, Royal Palace dan Monumen Nasional.

  • Makan malam di restoran tempatan.

  • Bermalam di hotel.

HARI 06 AMSTERDAM – BRUSSELS – PARIS (SP, MM)

  • Sarapan pagi di hotel.

  • Menuju ke Paris dan berhenti di Brussels.

  • Tiba di Brussels, berhenti bergambar di Atomium, The Grand Place –  dataran di Brussels dan Manneken Pis – patung gangsa anak kecil yang terkenal di Brussels.

  • Tiba di Paris, makan malam di restoran tempatan.

  • Daftar masuk hotel dan bermalam.

HARI 07 PARIS (SP, MM)

  • Sarapan pagi di hotel,

  • Lawatan sekitar bandar Paris – melihat Place de la Concorde, Champs Elysees, Notre Dame Cathedral, Arc du Triomphe, Dome des Invalides, Muzium Louvre dan Menara Mont Parnasse. Berhenti bergambar di Menara Eiffel

  • Membeli-belah di Gallery Lafayette.

  • Makan malam di restoran.

  • Bermalam.

HARI 08 PARIS – MUSCAT (SP)

  • Sarapan pagi di hotel.

  • Daftar keluar hotel dan acara bebas.

  • Menuju ke Lapangan Terbang Paris untuk penerbangan kembali ke Kuala Lumpur melalui Muscat.

HARI 09 MUSCAT – KUALA LUMPUR

  • Selamat tiba di Kuala Lumpur.

Standard

Tarikh Berlepas:
  1-Mei    13-Sep  

Dewasa
Berdua
RM 7079
Dewasa
Seorang
RM 8279
Child
Berdua
RM 7079
Child
Tanpa Katil
RM 5779
Child
Perlu Katil
RM 6179
Maklumat Penerbangan:

MAKLUMAT PENERBANGAN:

NO PESAWAT                          DESTINASI MASA

WY 824 KUALA LUMPUR     MUSCAT 2120 – 0005                 

WY 103 MUSCAT                   LONDON 0120 – 0630   

WY 132 PARIS                       MUSCAT 2135 – 0640    

WY 823 MUSCAT                   KUALA LUMPUR 0835 – 1945     

Maklumat Penginapan:

London    : Holiday Inn Express T5 atau setaraf

Amsterdam  :  Holiday Inn Express Schipol  atau setaraf

Paris             :  Hotel Campanile Roissy  atau setaraf


Tarikh Sah: Dari 25-01-2018 Sehingga 30-09-2018
  •  NOTA PENTING

    • Harga yang dinyatakan adalah tertakluk kepada perubahan turun naik mata wang, surcaj bahan api dan kenaikan cukai lapangan terbang

    • Kami berhak untuk mengubah turutan atau menukar, meminda atau mengubah jadual perjalanan jika perlu, dengan atau tanpa notis terlebih dahulu

    • Semua penerbangan dan hotel adalah sementara dan tertakluk kepada sebarang perubahan sehingga pengesahan akhir

    • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan seterika

    • Tidak semua hotel mempunyai bilik bertiga. Oleh itu, katil tambahan (rollaway bed) akan disediakan hanya pada bilik yang bersesuaian

    • Penyerahan pasport untuk pendaftaran visa harus di lakukan 45 hari sebelum berlepas

    • Pasport mestilah sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kembali

    • Adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli kumpulan untuk memastikan bahawa nama mereka bersih daripada senarai hitam oleh mana-mana badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negara.

    • Cross Border Travel & Tours tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana ahli kumpulan yang ditolak perjalanan oleh Imigresen Malaysia. Tambang lawatan tidak akan dibayar balik.

    • Semua makanan yang disebut dalam program kami sesuai untuk pasaran Muslim, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya akan diihidangkan berdasarkan menu standard bufet oleh hotel.

    • Program yang tertera tertakluk kepada sebarang perubahan yang dipinda oleh Syarikat Cross Border Travel & Tours tanpa notis pemberitahuan.

    • Sekiranya terdapat sebarang pertikaian mengenai program lawatan, maka atur cara  dalam versi Bahasa Inggeris merupakan versi yang sah

    • Sila rujuk Terma & Syarat Cross Border Travel & Tours.

  •  DEPOSIT & PEMBAYARAN PAKEJ

    DEPOSIT & PEMBAYARAN PENEMPAHAN:

    1. Deposit RM2500 bagi setiap orang diperlukan dalam masa 5 hari selepas tempahan disahkan

    2. Pembayaran penuh mesti dibuat dalam masa 45 hari sebelum berlepas

    3. Sekiranya bayaran penuh tidak diterima dalam tempoh 45 hari yang ditetapkan sebelum berlepas, Cross Border Travel & Tours berhak untuk membatalkan deposit dan juga tempahan.

    Harga Pakej

    Jumlah Deposit

    Tarikh Akhir yang Perlu dibayar

    Tarikh Akhir Bayaran Penuh

    Nilai Bayaran Balik

    Caj Pentadbiran

    Bawah RM 1999

    RM 300

    5 hari selepas tempahan disahkan

    45 hari sebelum berlepas

    RM 150

    RM 150

    RM 2000 – RM 3999

    RM 500

    RM 250

    RM 250

    RM 4000 – RM 5999

    RM 800

    RM 500

    RM 300

    RM 6000 – RM 7999

    RM 1500

    RM 1100

    RM 400

    RM 8000 & Ke atas

    RM 2500

    RM 2000

    RM 500

  •  PEMBATALAN

    PEMBATALAN

    1. Pembatalan tempahan oleh ahli kumpulan hendaklah dibuat secara bertulis atau e-mel bagi mengelakkan sebarang kesilapan komunikasi dan salah faham.

    2. Sekiranya pembatalan dibuat 50 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, deposit akan dikembalikan selepas ditolak caj pentadbiran yang ditetapkan. (Sila rujuk kepada Cross Border Travel & Tours terma & syarat)

     

    Caj Pembatalan / Bayaran

    Tempoh

    Caj Pembatalan

    Nota

    50 hari atau lebih sebelum berlepas

    Pembayaran balik deposit

    Rujuk Nilai Bayaran Balik selepas ditolak caj pentadbiran

    35 – 49 hari sebelum berlepas

    Pembatalan deposit

     

    26 – 34 hari sebelum berlepas

    50% daripada tambang pelancongan

     

    20 – 25 hari sebelum berlepas

    75% daripada tambang pelancongan

     

    Bawah 20 hari sebelum berlepas

    100% daripada tambang pelancongan

     

 Telah dikemaskini pada 29-03-2018

PAKEJ TERMASUK

  Makanan (BOARD SEPARUH)
 Tiket penerbangan termasuk cukai dengan Oman Air
 6 malam hotel penginapan termasuk sarapan pagi
 Makan malam
 Bayaran masuk: Madurodam, Canal Cruise Amsterdam, Menara MontParnasse
 P&O Feri dari Dover ke Calais
 Tempat lawatan seperti yang dinyatakan dalam program
 Tips untuk pemandu dan pemandu pelancong
 Wakil daripada Cross Border Travel & Tours
 Pemandu Pelancong berbahasa Inggeris untuk lawatan

PAKEJ TIDAK TERMASUK

 Khidmat porter
 Makan Tengahari
 Perbelanjaan peribadi
 Insuran Perjalanan - RM 84.06 bagi setiap orang
 Surcaj waktu kemuncak/musim perayaan
 Sebarang makanan tambahan & minuman yang tidak dinyatakan di dalam program
 Lain-lain bayaran masuk yang tidak dinyatakan dalam program Kos lebihan bagasi
 Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan dalam aturcara

 

Agensi pengembaraan dan pelancongan yang Unggul !

Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd. ialah sebuah agen penempahan tiket penerbangan, agensi pelancongan dan pengembaraan di dalam dan luar Negara. Kami juga menguruskan pakej-pakej pelancongan dalam dan luar Negara, penempahan bilik penginapan di Hotel, sewaan bas pelancong, kereta sewa dan sebagainya. Kami juga menguruskan lawatan teknikal dari agensi agensi kerajaan dan swasta. Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan perkhidmatan agensi pengembaraan dan pelancongan yang komprehensif pada harga yang kompetitif.

 

9 HARI 6 MALAM EROPAH LON AMS BRU PAR – WY

9 HARI 6 MALAM EROPAH LON AMS BRU PAR – WY

Emel pakej ini..
×

DAFTARLAH HARI INI..

Untuk menerima promosi hebat dan tips untuk Percutian riang anda yang seterusnya!
×