Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd.

 +603 8893 5779

Lesen Kementerian Kewangan
357-021 79706
5H4M PERSONA SEOUL & PULAU NAMI
 

 PAKEJ PELANCONGAN

Pilih Destinasi
Pilih Tema Pakej
 
 
 
5H4M PERSONA SEOUL & PULAU NAMI
BANDAR SERI BEGAWAN – INCHEON - PULAU NAMI – SORAK - SEOUL
 

Hari 01             KUALA LUMPUR – BANDAR SERI BEGAWAN – INCHEON (MM)
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Incheon melalui Bandar Seri Begawan.  Sejurus tiba di Lapangan Terbang Incheon, tetamu akan disambut oleh wakil Amar Travel.  Daftar masuk hotel dan bermalam.

Hari 02             INCHEON – PULAU NAMI – INCHEON (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Menuju ke Chuncheon dan melawat Pulau Nami dengan menaiki feri (lokasi pengambaran drama Winter Sonata). Makan tengahari di restoran. Menuju ke Songdo dan melawat Songwoldong Fairy Tales Village dan ARA Skywalk Incheon. Makan malam di restoran. Daftar masuk hotel dan bermalam

Hari 03             INCHEON – SEOUL (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel.  Menuju ke Yongin dan mencuba pelbagai jenis permainan yang terdapat di Taman Tema Everland.   Makan tengahari di restoran.  Seterusnya tetamu akan dibawa untuk merasai pembuatan kopi Korea dan berpeluang untuk menjadi seorang Coffee Barista.  Menuju ke Seoul.  Melawat Itaewon Central Mosque dan Itaewon Shopping Street.  Makan malam di restoran. Bermalam.

Hari 04             SEOUL (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel.  Hari ini, tetamu akan dibawa melalui Rumah Biru President, melawat Istana Gyeongbok– istana utama pada zaman Dinasti Joseon yang aslinya didirikan pada tahun 1394 dan Museum Nasional Rakyat – terletak di halaman Istana Gyeongbok dan mempunyai pelbagai koleksi artifak dan alat-alat yang digunakan oleh masyarakat Korea pada zaman dahulu hingga sekarang.  Teruskan lawatan ke Menara Seoul/Namsan (tidak termasuk lift).  Melawat ke Huganbo Center dan kedai Red Pine.  Makan tengahari di restoran.    Melawat Seawed Museum dan menyertai kelas membuat Kimbap dan memakai pakaian tradisional Korea ‘Hanbok’.  Lawatan seterusnya ke butik kosmetik, kilang batu permata Amethyst, kedai bebas cukai dan membeli belah di Myeongdong Street.  Makan malam di restoran.  Bermalam.

Hari 05             SEOUL – BANDAR SERI BEGAWAN – KUALA LUMPUR    (SP)
Sarapan pagi di hotel. Membeli belah di sebuah pasaraya tempatan sebelum bertolak ke Lapangan Terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Bandar Seri Begawan.  Tiba di Kuala Lumpur.

Standard

Tarikh Berlepas:
 28-Jun    20-Sep    20-Okt    08-Nov    15-Nov  

Royal Brunei Airlines

Dewasa
Berdua
RM 3179
Dewasa
Seorang
RM 3779
Child
Berdua
RM 3179
Child
Tanpa Katil
RM 2579
Child
Perlu Katil
RM 2879
Maklumat Penerbangan:
FLIGHT NO DESTINATION TIMING
BI 872 Kuala Lumpur – Bandar Seri Begawan 1210 – 1430
BI 651 Bandar Seri Begawan – Incheon 1510 – 2135
Bi 652 Incheon – Bandar Seri Begawan 1220 – 1655
BI 873 Bandar Seri Begawan – Kuala Lumpur 1800 – 2020

 

Maklumat Penginapan:
HOTEL NAME
Incheon : Hotel Sopra or Similar
Seoul : Intercity Hotel or Similar

Tarikh Sah: Dari 25-04-2019 Sehingga 15-11-2019
  •  NOTA PENTING

    • Harga yang dinyatakan adalah tertakluk kepada perubahan turun naik mata wang, surcaj bahan api dan kenaikan cukai lapangan terbang
    • Harga yang dinyatakan termasuk melawat ke 5 kedai ‘COMPULSORY’ dan lawatan lebih kurang 50 minit setiap kedai
    • Jika tetamu tidak ingin melawat ke kedai ‘COMPULSORY’ surcaj akan dikenakan
    • Kami berhak untuk mengubah turutan atau menukar, meminda atau mengubah jadual perjalanan jika perlu, dengan atau tanpa notis terlebih dahulu
    • Semua penerbangan dan hotel adalah sementara dan tertakluk kepada sebarang perubahan sehingga pengesahan akhir
    • Sila rujuk pada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket domestik
    • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan seterika
    • Tidak semua hotel mempunyai bilik bertiga. Oleh itu, katil tambahan (rollaway bed) akan disediakan hanya pada bilik yang bersesuaian
    • Penyerahan pasport untuk pendaftaran visa harus di lakukan 45 hari sebelum berlepas
    • Pasport mestilah sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kembali
    • Adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli kumpulan untuk memastikan bahawa nama mereka bersih daripada senarai hitam oleh mana-mana badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negara.
    • Cross Border Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana ahli kumpulan yang ditolak perjalanan oleh Imigresen Malaysia. Tambang lawatantidak akan dibayar balik.
    • Semua makanan yang disebut dalam program kami sesuai untuk pasaran Muslim, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya akan diihidangkan berdasarkan menu standard bufet Antarabangsa oleh hotel.
    • Program yang tertera tertakluk kepada sebarang perubahan yang dipinda oleh Syarikat Cross Border Travel and Tours tanpa notis pemberitahuan.
    • Sila rujuk Terma & Syarat Cross Border Travel & Tours Sdn Bhd.

  •  DEPOSIT & PEMBAYARAN PAKEJ

    1. Deposit RM500 bagi setiap orang diperlukan dalam masa 5 hari selepas tempahan disahkan
    2. Pembayaran penuh mesti dibuat dalam masa 45 hari sebelum berlepas
    3. Jika bayaran penuh tidak diterima dalam tempoh 45 hari yang ditetapkan sebelum berlepas, Cross Border Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk membatalkan deposit dan tempahan.

    Harga Pakej

    Jumlah Deposit

    Tarikh Akhir yang Perlu dibayar

    Tarikh Akhir Bayaran Penuh

    Nilai Bayaran Balik

    Caj Pentadbiran

    Bawah RM 1999

    RM 300

    5 hari selepas tempahan disahkan

    45 hari sebelum berlepas

    RM 150

    RM 150

    RM 2000 – RM 3999

    RM 500

    RM 250

    RM 250

    RM 4000 – RM 5999

    RM 800

    RM 500

    RM 300

    RM 6000 – RM 7999

    RM 1500

    RM 1100

    RM 400

    RM 8000 & Ke atas

    RM 2500

    RM 2000

    RM 500

  •  PEMBATALAN

    1. Pembatalan tempahan oleh ahli kumpulan hendaklah dibuat secara bertulis atau e-mel bagi mengelakkan sebarang kesilapan komunikasi dan salah faham.
    2. Sekiranya pembatalan dibuat 50 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, deposit akan dikembalikan selepas ditolak caj pentadbiran yang ditetapkan. (Sila rujuk kepada Cross Border Travel & Tours Sdn Bhd terma & syarat)

    Caj Pembatalan / Bayaran

    Tempoh

    Caj Pembatalan

    Nota

    50 hari atau lebih sebelum berlepas

    Pembayaran balik deposit

    Rujuk Nilai Bayaran Balik selepas ditolak caj pentadbiran

    35 – 49 hari sebelum berlepas

    Pelucuthakan deposit

     

    26 – 34 hari sebelum berlepas

    50% daripada tambang pelancongan

     

    20 – 25 hari sebelum berlepas

    75% daripada tambang pelancongan

     

    Bawah 20 hari sebelum berlepas

    100% daripada tambang pelancongan

     

 Telah dikemaskini pada 25-04-2019

PAKEJ TERMASUK

  Makanan (BOARD PENUH)
 Tiket penerbangan dan cukai dengan pesawat Royal Brunei
 4 malam hotel penginapan beserta sarapan pagi
 Makan tengahari & makan malam
 Bayaran Masuk: Everland Theme Park
 Tempat lawatan seperti yang dinyatakan dalam program
 Pemandu Pelancong berbahasa Inggeris untuk lawatan
 Tipping
 Wakil dari Cross Border Travel & Tours Sdn Bhd jika kumpulan lebih dari 15 orang​

PAKEJ TIDAK TERMASUK

 Khidmat porter
 Perbelanjaan peribadi
 Insuran Perjalanan - RM 58.61 bagi setiap orang
 Surcaj waktu kemuncak/musim perayaan
 Sebarang makanan tambahan & minuman yang tidak dinyatakan di dalam program
 Lain-lain bayaran masuk yang tidak dinyatakan dalam program
 Kos lebihan bagasi
 Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan dalam aturcara

 

Agensi pengembaraan dan pelancongan yang Unggul !

Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd. ialah sebuah agen penempahan tiket penerbangan, agensi pelancongan dan pengembaraan di dalam dan luar Negara. Kami juga menguruskan pakej-pakej pelancongan dalam dan luar Negara, penempahan bilik penginapan di Hotel, sewaan bas pelancong, kereta sewa dan sebagainya. Kami juga menguruskan lawatan teknikal dari agensi agensi kerajaan dan swasta. Cross Border Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan perkhidmatan agensi pengembaraan dan pelancongan yang komprehensif pada harga yang kompetitif.

 

5H4M PERSONA SEOUL & PULAU NAMI

5H4M PERSONA SEOUL & PULAU NAMI

Emel pakej ini..
×

DAFTARLAH HARI INI..

Untuk menerima promosi hebat dan tips untuk Percutian riang anda yang seterusnya!
×